Friday, May 27

Wanita pengsan menangis sejam gara-gara cinta

0

KUCHING: Seorang wanita terpaksa dikejarkan ke Hos­pital Umum Sarawak (HUS) kerana pengsan selepas me­nangis selama lebih sejam di hadapan rumah bekas kekasihnya, awal pagi se­malam.

Mangsa, 18, berasal dari Tondong, Bau, dekat sini difahamkan mempunyai ma­salah cinta serta cuba mencari bekas kekasihnya itu yang dikatakan tinggal di sebuah rumah pangsa di Jalan Ban Hock di sini sekitar jam 11 malam kelmarin.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan tidak menemui rumah bekas kekasihnya itu menyebabkan dia kecewa dan terus bertindak berdiri di tengah jalan.

Ekoran risau akan terjadi perkara yang tidak diingini, orang awam segera meng­hubungi pihak polis yang tiba beberapa minit kemudian di tempat kejadian.

Selepas lebih sejam memu­juk mangsa, dia akhirnya bersetuju untuk pulang ke rumahnya namun dikatakan tiba-tiba rebah menyebabkan sepasukan anggota paramedik bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mangsa.

Berikutan keadaan mangsa yang lemah, dia kemudian terpaksa dikejarkan ke HUS untuk rawatan lanjut.

Sehingga berita ditulis semalam, mangsa dilapor­kan berada dalam keadaan stabil.