Adaptasi buku Kanang ke bentuk animasi

0

KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mahu penghasilan buku bio-grafi kisah pahlawan negara mendiang Temenggung Datuk Kanang Langkau diadaptasikan ke bentuk animasi.

JASAMU TERUS DIKENANG: Abang Johari menandatangi replika buku Kanang sebagai simbolik pelancaran Majlis Pengisahan Mendiang Kanang di Kuching, semalam. Turut kelihatan (dari kanan) Talib, Brawang dan Awang Sariyan.

JASAMU TERUS DIKENANG: Abang Johari menandatangi replika buku Kanang sebagai simbolik pelancaran Majlis Pengisahan Mendiang Kanang di Kuching, semalam. Turut kelihatan (dari kanan) Talib, Brawang dan Awang Sariyan.

Taib yang juga Menteri Pengurusan Sumber dan Alam Sekitar berkata, animasi kisah tersebut menerusi teknologi imej janaan komputer (CGI) secara digital dapat menyampaikan penceritaan yang lebih menarik dan berkesan.

“Seharusnya kisah-kisah kepahlawanan perajurit kita ini diabadikan dalam bentuk buku dan kalau boleh terus disuburkan dalam bentuk lain seperti komik, animasi dan filem.

“Penerbitan kisah kepahlawanan bukan hanya meniup semangat juang dan cintakan negara tetapi turut membentuk jati diri serta menjadi penghormatan kepada seluruh rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh Menteri Perumahan dan Menteri Pelanco-ngan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg pada Majlis Pengisahan Mendiang Kanang di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini semalam.

Taib memberitahu penerbitan menerusi bentuk lain selain buku merupakan medium yang mampu menjangkau khalayak yang lebih luas de-ngan kesan yang lebih baik.

“Apa yang dikisahkan dalam buku Kanang ini sememang-nya amat layak untuk diangkat ke persada persembahan de-ngan menggunakan teknologi masa kini yang turut dikuasai oleh tenaga kreatif rakyat negara kita.

“Bagaimanapun penghasilan buku biografi seperti Kanang ini amat penting dan menjadi asas kepada kesinambungan penceritaan yang diadaptasikan ke bentuk yang lain,” tambahnya.

Pada majlis itu, Abang Johari turut melancarkan buku Kanang: Cerita Seorang Pahlawan yang diterbitkan pada 1987 dan dicetak semula khas untuk rakyat Sarawak.

Buku itu merupakan hasil nukilan Profesor Doktor Mejar (B) Maznan Noordin yang diguna pakai dalam sukatan pelajaran Komsas Bahasa Melayu bagi tingkatan tiga pada 2001 hingga 2011 di tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Ke-lantan.

Hadir sama Menteri Muda Pelancongan Datuk Talib Zulpilip, Panglima Tiga Briged Brigadier Jeneral Datuk Pah-lawan Redzuan Baharuddin, Panglima Sembilan Briged Bri-gadier Jeneral Datuk Stephen Mundaw, Ketua Pengarah DBP Dr Awang Sariyan dan tetamu kehormat lain.