JHEV Sarawak tidak harus dipersalah berikutan kelewatan bayar SVTB1M

0

KUCHING: Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Sarawak tidak harus dipersalahkan berikutan kelewatan dalam pembayaran RM1,000 bantuan kerajaan (SVTB1M) untuk bekas Angkatan Tentera Malaysia yang tidak berpencen.

Pengarah JHEV Negeri Leftenan Kolonel Monday Juhid berkata pejabat mereka di sini telah menerima banyak aduan daripada mereka yang masih belum menerima wang tersebut tetapi tidak terdapat sebarang perkara yang dapat dilakukan mengenainya.

“Kami berasa kesal bagi mereka yang masih belum menerima bayaran tersebut walaupun permohonan mereka telah diluluskan.

“Peranan kami adalah hanya untuk memproses permohonan dan mengemukakan borang yang lengkap kepada ibu pejabat kami di Kuala Lumpur.

“Bagi kelulusan dan pembayaran, ia dikendalikan oleh ibu pejabat dan menurut mereka semuanya telah diselesaikan tetapi mengapa masih ramai belum menerima wang yang dimaksudkan,” kata Monday semalam.

Pembayaran pertama untuk bukan pencen veteran di negeri ini telah dibuat kepada mereka yang tinggal di sekitar Kuching pada 26 Jan manakala mereka yang tidak boleh mendapatkan baucar kemudian diberitahu bahawa mereka akan dikreditkan dalam tempoh dua minggu dari tarikh itu.

Tetapi malangnya sehingga hari ini ramai antara mereka masih belum menerima SVTB1M.