Mangsa dera buat laporan polis terhadap bapa

0

SIBU: Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun me-milih untuk membuat laporan polis malam Ahad lalu terhadap bapanya yang menjadikan dirinya sebagai tempat melepaskan geram.

Mangsa memaklumkan kepada polis, ayahnya telah memukulnya dengan sebatang kayu menyebabkannya meng-alami kecederaan di kepala dan kedua-dua belah tangan serta lebam di mata pada kira-kira jam 9.30 malam itu.

Mungkin kerana terlalu serik didera ayahnya, kanak-kanak tersebut tidak mempunyai pilihan lain kecuali mendapatkan perlindungan dan bantuan di balai polis.

Mangsa, mungkin seorang pengadu yang paling muda pernah membuat laporan polis terhadap seorang ayah yang ber-umur 40 tahun yang dianggapnya seorang kaki botol.

Susulan daripada aduan mangsa, polis telah menahan ayah mangsa untuk tindakan lanjut.

Mangsa juga memberitahu polis dia sering dipukul apabila ayahnya dipengaruhi alkohol.

Mangsa kemudian dihantar oleh polis ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Difahamkan beberapa kesan parut pada badan, menunjukkan mangsa pernah didera sebelum ini.

Kedua-dua ibu bapanya dikatakan sudah bercerai dan mangsa tinggal bersama ayahnya manakala dua kakaknya dijaga oleh ibunya.