Monday, August 19

Hospital Sibu masih kekurangan darah

0

SIBU: Bank Darah Hospital Sibu masih menghadapi masalah kekurangan stok darah jenis A, kata Pegawai Publisiti Bank Darah Hospital Sibu, Kenneth Numan.

Justeru, katanya, pihak bank darah giat menjalankan kempen-kempen derma darah di sekitar bahagian ini dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan di sini.

“Pihak kami akan mengadakan kempen menderma darah bertempat di Pasaraya Delta Mall di sini pada 7 April (esok) mulai jam 9 pagi.

“Kempen ini turut dianjurkan bersama oleh Liansin Bhd dan ia terbuka kepada orang awam yang berminat.

“Kami berharap orang ramai dapat datang beramai-ramai untuk menderma darah dalam usaha membantu kami mendapatkan darah jenis A ini,” katanya semalam.

Selain mengunjungi venue kempen menderma darah, Kenneth memberitahu, orang ramai juga boleh datang sendiri ke pejabat mereka di Hospital Sibu untuk menderma darah mengikut waktu pejabat.

Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan kepada orang ramai yang ingin menderma supaya mengambil rehat yang mencukupi sebelum tampil menderma.

“Ini adalah untuk memastikan mereka agar tidak ditolak apabila menderma darah kelak,” katanya.