Rakyat diminta agar guna kuasa sebagai pengundi

2

KANOWIT: Rakyat diminta agar menggunakan kuasa sebagai pengundi dengan sebaiknya supaya tidak menyesal di kemudian hari nanti.

Ahli Parlimen Kanowit, Datuk Aaron Ago Dagang berkata semasa mengundi rakyat hendaklah teguh dengan keputusan sendiri untuk memilih siapa pemimpin yang mewakili mereka tanpa dipengaruhi oleh mana-mana individu.

“Kuasa adalah di tangan anda. Anda hendaklah menggunakannya dengan sebaik mungkin dan buatlah pilihan yang bijak.

“Jika inginkan pembangunan sudah semestinya kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi pilihan manakala jika termakan hasutan serta mendengar anasir luar sudah semestinya parti pembangkang menjadi pilihan anda sekali gus boleh mengakibat-kan anda rugi selama lima tahun,” katanya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-7 Tokong Da Wong Kong di sini, kelmarin.

Hadir sama Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kanowit Datuk Ho Beng Aik, Pegawai Penerangan Daerah Kanowit Wan Mohd Zuki Wan Ismail, Pengerusi Tokong Da Wong Kong Kapitan Lai Kee Yung serta ketua-ketua jabatan dan masyarakat.

Beliau turut menggesa rakyat setempat khususnya di daerah Kanowit agar turun mengundi beramai-ramai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat di negara ini.

Dalam pada itu, Aaron turut mengajak rakyat di kawa-sannya (Kanowit) berfikir serta menilai apa yang telah kerajaan BN laksanakan di daerah ini.

“Keseluruhan projek pembangunan di daerah ini adalah dilaksanakan oleh BN. Tiada satu pun dilaksanakan oleh pembangkang.

“Justeru, saya membawa anda semua mengimbas kembali apa yang telah saya buat amnya BN. Pilihan terletak di tangan anda semua,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat agar tidak mudah percaya dengan hasutan pembangkang yang hanya menuduh kerajaan dan tidak melihat kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan.

“Pembangkang hanya mahu mengguling kerajaan, tetapi tidak mempunyai rancangan yang baik membantu membina masa depan rakyat,” jelasnya.

Katanya, pembangkang sering meninggalkan janji manis kerana ia merupakan taktik untuk memancing undi dan sekiranya diberi peluang untuk memimpin, mereka tidak akan dapat menyelesaikan masalah rakyat dan membawa kemajuan.

“Justeru, sokongan kerajaan BN dan ia wajar diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini untuk terus mentadbir negara sampai bila-bila. BN sememangnya diyakini memerintah negara ini sejak berpuluh-puluh tahun dahulu.

“Pimpinan BN sudah ter-nyata membawa kemajuan seperti kemudahan asas se-perti jalan, bekalan elektrik dan air, semuanya telah dan sedang dilaksanakan dan ini merupakan sebahagian besar peruntukan daripada Parlimen,” katanya.

Tambahnya, dengan memberikan sokongan sepenuhnya kepada BN akan membolehkan serta meneruskan agenda pembangunan yang sedang rancak dilaksanakan dan dirancangkan oleh kerajaan BN selama ini.