PBB dijangka kekal majoriti penyandang

1

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dijangka mengekalkan majoriti penyandang kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini dan hanya me-ngemukakan seorang calon wanita sebagai muka baharu.

Ketua Menteri juga Presiden PBB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, parti sentiasa ada perubahan dan memberi peluang dengan menampilkan muka baharu setiap pilihan raya.

“Kita ada seorang sahaja (muka baharu) iaitu wanita… kita selalu bertukar setiap masa.

“Kita tunggu, biar Perdana Menteri umumkan kerana semua senarai calon dah siap dan hanya menunggu Perdana Menteri umumkan,” katanya ditemui pemberita selepas me-rasmikan Hari Terbuka Angkatan Tentera Malaysia di Pusat Integrasi Bersepadu Kuching (KIRC) di sini, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi BN Negeri berkata demikian ketika diminta mengulas me-ngenai senarai akhir calon BN Sarawak bagi PRU13 ini.

Daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak, 29 dikuasai BN manakala bakinya Parti Tindakan Demokratik (DAP).

PBB diperuntukkan 14 ke-rusi Parlimen sementara tujuh kerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) enam kerusi dan Parti Demokratik Progresif Sa-rawak (SPDP) empat kerusi.

Kerusi-kerusi milik PBB adalah Santubong, Petra Jaya, Kota Samarahan, Mambong, Batang Sadong, Batang Lupar, Betong, Tanjong Manis, Igan, Mukah, Kapit, Sibuti, Limbang dan Lawas.

Sementara itu, ketika ini tiga kerusi Parlimen PBB diwakili wanita iaitu Nancy Shukri (Batang Sadong), Datuk Norah Abdul Rahman (Tanjung Manis) dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim (Batang Lupar).

Sebelum ini, seorang calon wanita disebut-sebut untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Kota Samarahan, satu daripada 14 kerusi yang akan dipertahankan PBB pada PRU13.

Manakala kerusi SUPP adalah Bandar Kuching, Stampin, Serian, Sarikei, Lanang, Sibu dan Miri.

Enam kerusi milik PRS pula terletak di Sri Aman, Lubok Antu, Julau, Kanowit, Selangau, Kapit, Hulu Rajang manakala SPDP di Mas Gading, Saratok, Bintulu dan Baram.