Sarawak kekal kubu kuat BN

9

BERTEMU RAKYAT: Muhyiddin disambut meriah oleh orang ramai ketika hadir pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Masjid Darul Iman, Sadong Jaya semalam. — Gambar Bernama

SADONG JAYA: Sarawak diyakini terus menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) sekali gus menolak harapan pakatan pembangkang untuk menakluki Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keyakinan itu berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri lalu yang masih memihak kepada BN.

“Selepas melihat keputusan Pilihan Raya Negeri lalu yang amat membanggakan, ia mencerminkan sokongan rakyat Sarawak terhadap ke-pimpinan BN masih lagi kuat.

“Untuk itu, saya berharap sokongan rakyat terhadap BN terus kukuh pada PRU13 ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di pekarangan Masjid Darul Iman di sini, semalam.
Malah, Muhyiddin turut yakin kesemua 31 kerusi Parlimen di Sarawak mampu dimenangi oleh BN pada pilihan raya nanti.

“Setiap kali saya meng-adakan lawatan kerja ke sini, rakyat di sini menunjukkan sokongan yang positif terhadap kepimpinan BN di negeri ini,” tambahnya.

Selain itu, beliau memberitahu sokongan rakyat di ne-geri-negeri lain turut me-nunjukkan peningkatan yang positif hasil pelaksanaan program-program transformasi kerajaan BN dan selepas pelancaran Manifesto BN.

“Saya juga percaya, di ne-geri-negeri lain pengundi sudah dapat melihat sendiri de-ngan lebih jelas tentang hasil program transformasi yang telah kerajaan BN laksanakan yang memberi impak besar kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai sama ada Sarawak mempunyai calon langsung pada PRU13 nanti, Muhyiddin berkata: “Saya tidak tahu, hanya pucuk pimpinan ne-geri sahaja yang tahu.”

Mengenai pembangkang yang masih gagal menemui kata sepakat tentang peng-agihan kerusi Parlimen pada PRU13 ini, beliau berkata, ia jelas membuktikan pakatan pembangkang tidak sepakat.

Beliau turut menyifatkan pakatan pembangkang menghadapi masalah yang lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum lalu tentang pengagihan kerusi.

“Sampai saat akhir mereka tidak umum calon, malah ada juga mereka umum calon tanpa mendapat persetujuan daripada parti komponen lain kerana mengambil kerusi yang dimiliki rakan lain tanpa berunding.

“Masing-masing berebut untuk menjadi perdana menteri kerana saya difahamkan parti mana dari pembangkang yang banyak menang kerusi parti itu akan menerajui parti lain,” ujarnya.