DAP S’wak belum putuskan lambang akan digunakan

0

TERUS BERSATU: Enam calon DAP yang akan bertanding pada pilihan raya kali ini.

SIBU: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak masih belum memutuskan sama ada akan bertanding menggunakan lambang Parti Islam Se-Malaysia (PAS) atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) kata Pengerusinya Wong Ho Leng.

Wong berkata, parti terpaksa menangguhkan penyerahan surat watikah pencalonan kepada calon yang bertanding berikutan tindakan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang tidak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti tersebut.

Katanya parti akan me-nyerahkan 13 surat watikah kepada calon selewat-lewatnya hari ini.

“Ketika ini, pengerusi DAP Pusat masih bermesyuarat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penggunaan lambang ketika pilihan raya nanti,” ujarnya kepada pemberita, petang semalam.

Katanya mereka masih menunggu arahan daripada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhubung lambang yang akan digunakan nanti.

“Jika beliau (Lim) memberitahu yang ROS membenarkan kami menggunakan lambang parti, ini sesuatu yang amat baik,” jelasnya.

Wong juga memberitahu bahawa DAP akan memastikan tidak berlaku pertan-dingan tiga penjuru pada pilihan raya kali ini dengan Barisan Nasional (BN).

Beliau juga memberitahu bahawa keputusan yang dibuat oleh ROS terhadap parti itu amat memeranjat-kan.

Katanya itu mungkin salah satu taktik politik bagi menewaskan parti pada pilihan raya kali ini.