Wednesday, September 18

Nafas E10D mara ke final Liga MuFA-Naim

0

MUKAH: Nafas E10D berjaya menewaskan pasukan PTK Petian dengan jaringan tipis 1-0 pada perlawanan separuh akhir Liga MuFA-Naim 2013 di Padang MDDM, di sini petang semalam.

Jaringan kemenangan Ahmad Nadzim pada minit ke-87 itu melayakkan pasukan terbabit mara ke perlawanan akhir menentang pasukan Saza United pada 12 Mei ini.

Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan bertungkus- lumus untuk mencari gol namun kedua-kedua pasukan gagal menjaringkan gol pada separuh masa pertama.

Bagaimanapun, pada separuh masa kedua penyerang pasukan Nafas E10D tidak mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol.