Lapan individu didakwa berhubung pelbagai kesalahan pilihan raya

0

PUTRAJAYA: Jabatan Peg­uam Negara akan mendakwa lapan indvidu di Mahkamah Majistret hari ini atas pelbagai kesalahan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-13.

Timbalan Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah ber­kata mereka akan didakwa mengikut Kanun Kesek­saan atas kesalahan seperti menyebabkan kecederaan, melakukan khianat dan ber­gaduh di tempat awam serta cuba melanggar seorang lelaki berumur 68 tahun dengan motosikal.

Beliau berkata seorang lelaki akan didakwa di Mahkamah Majistret Tuaran, Sabah; tiga di Mahkamah Majistret Kota Baharu, Kelantan; se­orang di Mahkamah Majistret Taiping, Perak dan tiga di Mahkamah Majistret Kangar, Perlis. — Bernama