14 hari untuk tanggal bahan kempen PRU13

0

LIMBANG: Majlis Daerah Limbang (MDL) memberi tempoh 14 hari kepada parti-parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu untuk menanggalkan serta mem­bersihkan poster, iklan dan banting yang digunakan untuk berkempen.

Wali Kotanya Kaunselor Sufian Mohat berkata, setakat ini pihaknya tidak berde­pan dengan sebarang masa­lah berhubung pemasangan poster, iklan dan banting di kawasan bandar yang sudah ditanggalkan sebaik tempoh pembuangan undi berakhir Ahad lepas.

“Pada masa ini tiada lagi poster, iklan dan banting PRU13 yang digantung di kawasan bandar selepas diarahkan untuk menang­galkannya sebaik hari pem­buangan undi berakhir Ahad lepas,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Beliau menjelaskan, hanya beberapa poster, iklan dan banting yang dilihat masih digantung di kawasan kam­pung di daerah ini.

“Semua poster, iklan dan banting itu perlu ditanggal­kan kembali selepas 14 hari berakhirnya pengundian serta pilihan raya,” ujarnya lagi.

Sufian berkata, pihak berkuasa tempatan akan mengambil tindakan tegas sekiranya bahan-bahan kem­pen tersebut tidak ditang­galkan selepas berakhirnya tempoh 14 hari yang diberi­kan.

Sebelum ini, calon pe­mohon atau ejen-ejen parti politik dan jentera kem­pen dibenarkan memasang poster calon, iklan dan bahan kempen calon masing-mas­ing selepas hari penamaan calon 20 April lepas.