Thursday, August 6

15 vendor menyertai Borneo Jazz Festival, Jumaat dan Sabtu

0

MIRI: Sebanyak 15 vendor telah mengesahkan penyertaan pada Borneo Jazz Festival yang akan diadakan Jumaat dan Sabtu ini di Parcity Everly Hotel Miri (PEHM).

Menurut jurucakapnya Alysion Richard, kebanyakan vendor yang terdiri daripada pihak hotel tempatan kembali menyertai acara berkenaan pada tahun ini seperti Marriot Resort and Spa dan Parkcity Everly Bintulu.

“Para penggemar makanan Pulau Pinang pasti akan teruja kerana Kafe Penang Street akan kembali untuk kali kedua pada tahun ini,” katanya kepada Utusan Borneo.

Antara makanan yang bakal dijual pada festival dua hari itu adalah sate, pencuci mulut, buah-buahan segar, shawarma dan sebagainya.

Selain itu, turut ada gerai yang menjual pelbagai kraf tangan etnik, aksesori, perhiasan perak dan emas serta tidak ketinggalan gerai pembuat tatu.

“Salah satu gerai turut menyediakan perkhidmatan lakaran dan lukisan sebagai salah satu tarikan untuk para penggemar seni lukis,” jelasnya.

Mengenai festival berkenaan, sebanyak lapan kumpulan dari serata dunia akan menyertai festival yang kelapan diadakan.

Dua kumpulan daripada Amerika Syarikat, satu masing masing dari Sweden, Jerman, Kanada, Australia dan satu band ternama dari Asia dan satu band tempatan dari Malaysia (Sarawak).

Muzik yang akan ditampilkan termasuk blues, fusion, ethno jazz dan acapella jazz.