Pertandingan Spelling Wizard kini kembali lagi

0

KUCHING: Pertandingan Spelling Wizard kini kembali dianjurkan oleh Pustaka Negeri bagi kategori bahasa Inggeris untuk pelajar sekolah rendah (tahun empat, lima dan enam ) pada Isnin, 20 Mei ini.

Pertandingan akan diadakan bermula jam 8 pagi hingga 1 petang di Auditorium Aras 1, Pustaka Negeri.

Menurut kenyataannya kelmarin, objektif utama pertandingan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang teknik yang betul dalam mengeja serta menarik minat mereka terhadap bahasa Inggeris selain berhasrat untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran mengeja, perbendaharaan kata dan belajar konsep penggunaan bahasa yang betul.

Pada masa yang sama pertandingan itu secara tidak langsung dapat mempromosikan peranan dan fungsi Pustaka Negeri sebagai pusat gedung ilmu dan pusat riadah masyarakat.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Norlailawaty Ismail di talian 082-442000 sambungan 330 atau e-mel [email protected] atau layari laman web rasmi Pustaka Negeri Sarawak iaitu www.pustaka-sarawak.com, laman Facebook pustaka.sarawak atau Twitter pustakaswk.