Jenny Alau Kumang Gawai Dayak Sekuau 2013

0

SEKUAU: Kejelitaan serta penampilan menarik Jenny Alau John Majang berjaya memikat panel hakim dan dinobatkan Kumang Gawai Dayak Sekuau 2013 di Dewan Masyarakat Sekuau, malam kelmarin.

Jenny berketinggian 152cm dari Rumah Clement, Skim Sekuau mengalahkan empat peserta lain sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM300, trofi, seunit telefon bimbit, hamper dan selempang.

Naib johan menjadi milik Wimmy Jarau dari Rumah Clement, Skim Sekuau yang bercita-cita menjadi seorang jururawat mendapat hadiah RM200, trofi, seunit telefon bimbit, hamper dan selempang.

Connie Lia Ningkan dari Rumah Bilong, Hulu Mukah bercita-cita menjadi seorang anggota polis mendapat tempat ketiga dan membawa pulang hadiah RM100, trofi, seunit telefon bimbit, hamper dan selempang.

Sita Jin dan Hellen Basih masing-masing dari Rumah Joseph Serang, Selangau mendapat sagu hati RM100.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Naib Pengerusi 1 Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Alexander Anthony Banyan.

Semua hadiah pemenang Pertandingan Kumang ditaja syarikat telekomunikasi Maxis.

Turut hadir Pengerusi SDNU Tuai Rumah Joseph Serang Inang, Pengerusi Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Rabiah Balang.