Nuklear Malaysia, UMT dan IAEA kerjasama kaji kesan radioaktif

0

KUALA TERENGGANU: Se-ramai 14 peserta dari kepulauan Pasifik menghadiri kursus Kajian Marin mengenai Penanda Aras Kesan kemungkinan Pembebasan Radioaktif Fukushima di Rantau Asia Pasifik, di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini.

Kursus penyelidikan selama tiga hari yang berakhir kelmarin itu adalah anjuran bersama Nuklear Malaysia, UMT dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Negara kepulauan pasifik yang menyertai kursus itu ialah Cook Islands, Fiji, Kiribati, republik kepulauan Marshall, Solomis dan Sri Lanka.

Timbalan Ketua Pengarah Program Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi, Nuklear Malaysia Ir Dr Muhd Noor Muhd Yunus, berkata projek kajian mengenai pengukuran bahan radioaktif di dalam air laut di kepulauan Pasifik itu bermula sejak 2011 dan akan berakhir pada 2015.

“UMT mempunyai kepakaran dalam marin dan dengan kemudahan yang ada di UMT seperti kapal dan makmal, peserta dapat menjalankan kajian dengan lebih baik,” katanya kepada pemberita di sini.

Muhd Noor berkata sejak kemalangan loji kuasa nuklear Daiichi Fukushima, Jepun pada 11 Mac 2011, negara anggota Koperasi Perjanjian Kerjasama Serantau bagi Asia dan Pasifik (RCA) bersetuju untuk menjalankan penyelidi-kan, pembangunan dan latihan yang berkaitan dengan sains dan teknologi nuklear.

Beliau berkata, dengan adanya projek sebegini negara anggota RCA dapat menilai tahap dan kesan yang mungkin berlaku selepas pelepasan bahan radioaktif dari loji kuasa nuklear Daiichi Fukushima ke dalam persekitaran marin dan membuat penilaian saintifik ke dalam data.

“Buat masa ini bahan radioaktif berkenaan belum merebak ke Asia tetapi kajian perlu sentiasa dilaksanakan untuk mengenalpasti sama ada bahan berkenaan akan merebak ataupun tidak,” katanya.

Sementara itu, penyelaras projek nasional Dr Abdul Kadir Ishak berkata, projek berkenaan babitkan beberapa kursus untuk meningkatkan keupayaan negara dalam pemantauan radioaktif laut dan persampelan.

Beliau berkata, Nuklear Malaysia telah menjalankan kerjasa-ma di peringkat penyelidikan di UMT sejak 1991. — Bernama