Hari Promosi Khas sempena Hari Bapa di Everrise Samarahan

0

KUCHING: Everrise Samarahan akan mengadakan Hari Promosi Khas Bapa & Jerayawara sempena sambutan Hari Bapa.
Hari Bapa akan disambut tidak lama lagi dan sempena majlis istimewa itu, Everrise Samarahan akan mengadakan beberapa siri promosi dan jerayawara untuk memberi ganjaran kepada pelanggan yang dihargai.

Sempena promosi berkenaan bermula 15 Jun hingga 15 Julai, dengan setiap pembelian mana-mana produk Kesan Udara, Set & Penyegar atau produk Ambipur bernilai RM15 dan ke atas dalam satu resit, pelanggan berpeluang untuk membawa pulang Mini iPad.

Di samping itu, pelanggan juga layak untuk memenangi hadiah misteri percuma dengan setiap pembelian RM25 dan ke atas mana-mana produk Ambipur lain dalam satu resit.

Selain itu, satu pertandingan menarik ‘Peraduan Gawai Cap Junjung’ dan dengan setiap pembelian dua tin susu pekat Cap Junjung 500g atau 388g, pelangan layak menyertai peraduan itu.

Peserta berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik, termasuk peti sejuk, TV LCD, baucar beli-belah, perkakas rumah dan lain-lain. Pada 1 & 2 Jun, sampel percuma akan disediakan di Everrise Samarahan.

Pada 9 Jun 2013 ‘Program Pertukaran Mee Ibumie’ akan bermula pada jam 10 pagi. Pelanggan perlu membawa lima paket kosong Ibumie perisa Har Mee , untuk layak menerima satu pek lima paket Ibumie Mee Baagus Mi Goreng Asli Pedas secara percuma. Ini adalah terhad kepada 100 pelanggan pertama sahaja, atas dasar tiba dahulu layan dahulu.

Selain itu dengan pembelian RM50 dan ke atas dalam satu resit beli-belah di Everrise Samarahan layak mendapat diskaun 10 peratus di Taka Cake House Samarahan. Promosi ini sah dari 1 hingga 16 Jun 2013.