Bengkel pendidikan alam sekitar untuk kanak-kanak pada Rabu depan

0

KUCHING: Bengkel pendidikan alam sekitar untuk kanak-kanak secara percuma akan diadakan di Dewan Muzium Tun Abdul Razak pada Rabu depan.

Acara tiga hari itu dimuatkan dengan pelbagai aktiviti alam sekitar untuk meningkatkan kesedaran peserta dalam memahami keperluan mengurus dan melindungi alam sekitar.

Ia juga diadakan sempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada 5 Jun setiap tahun.

Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) yang merupakan penganjur bersama dengan Jabatan Muzium Sarawak menjelaskan, acara tersebut juga merupakan aktiviti cuti sekolah berinformasi untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Aktiviti yang diadakan termasuk pertandingan mereka poster alam sekitar untuk mereka yang berusia antara 10 hingga tahun tahun pada pagi Rabu dan pertandingan mawarna bagi tujuh hingga sembilan tahun pada sebelah petang.

Hari kedua menyaskikan pertandingan kolaj 3R diadakan untuk remaja berusia 12 hingga 15 tahun pada sebelah pagi manakala sebelah petang untuk mereka yang berusia tujuh hingga 12 tahun bagi menyertai pertandingan mewarna pasir.

Pertandingan mewarna pasir juga diadakan pada hari terakhir bagi mereka yang berusia 13 hingga 17 tahun pada sebelah pagi.

Semua peralatan untuk pertandingan yang berlangsung pada jam 8.30 pagi dan 2 petang setiap hari disediakan kecuali pertandingan mewarna yang mana peserta perlu membawa pensel warna sendiri.

Penyertaan dihadkan kepada 30 pserta. Pra pendaftaran peserta boleh dilakukan dengan menghubungi pegawai NREB di talian 082-442945 atau 082-319529 atau muzium pada hari bengkel berlangsung.

Beberapa siri pameran daripada institusi berkaitan alam sekitar juga diadakan.