Ekspo Sarawak Grand Timber and SME di BCCK pada 7-10 Jun

0

KUCHING: Perbadanan Perusahaan Kemajuan Kayu Sarawak (PUSAKA) dan Ke­menterian Kemajuan Industri (MID) akan menganjurkan Ekspo Sarawak Grand Tim­ber and Small Medium En­terprise (SME) dari 7 hingga 10 Jun ini.

Ekspo tersebut akan diad­akan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dan penganjurannya merupa­kan kali pertama sempena ulang tahun ke-20 PUSAKA dan Minggu SME peringkat negeri.

Perasmian ekspo akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 7 Jun, jam 10 pagi.

Tujuan penganjuran ekspo adalah untuk mempromo­sikan perdagangan dan pen­jualan produk-produk kayu dan bukan kayu oleh pen­gusaha tempatan di samping memberi peluang kepada mereka untuk mempamer dan memaklumkan aktiviti syarikat masing-masing serta menguatkan rangkaian per­niagaan di peringkat antara­bangsa.

Sebagai Pusat Sehenti, ekspo tersebut juga akan memberi ruang kepada kedua-dua pembeli serta pembekal produk kayu dan bukan kayu untuk berjumpa dan berbincang mengenai pelan perniagaan masing-masing.

Sebanyak 200 buah gerai akan mempamerkan pelbagai jenis produk buatan kayu ter­masuk perabot dan barangan para usahawan SME seperti makanan termasuk kek la­pis, perencah laksa, sarang burung, minuman, pakaian serta kraf tangan.

Sempena penganjuran ek­spo, persidangan Interna­tional Conference on Timber akan turut diadakan pada tarikh dan tempat sama yang akan mempertemukan para speaker dari dalam dan luar negara untuk berbincang mengenai isu-isu berkaitan industri perkayuan serta SME.

Taklimat mengenai pel­uang pelaburan di SCORE akan turut diadakan oleh pihak SPU dan persidangan ini adalah masih terbuka untuk pendaftaran.

Ekspo akan dibuka kepada orang awam mulai 7 Jun dari jam 10 pagi hingga 6 petang dan masuk adalah percuma.

Pihak PUSAKA juga akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan bas secara percuma yang akan bergerak setiap hari di antara stesen bas di hadapan Hotel Riverside Majestic dan BCCK dari jam 8 pagi hingga 6.15 petang sepanjang ekspo tersebut berlangsung.

Untuk maklumat lanjut mengenai ekspo, sila hubungi pejabat PUSAKA meneru­si talian 082-473000 atau hubungi pejabat MID (082-445337).