Friday, September 17

Warga kota digalak hidup sihat

0

HIDUP SIHAT: Peserta Program Berjalan Sihat BandarayaKu memulakan perjalanan dari Esplanade Kuching ke Riverbank Suite, semalam.

DBKU ambil inisiatif termasuk anjur Program Berjalan Sihat BandarayaKu

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sentiasa meng­galakkan masyarakat yang menetap di kawasan bandar untuk mengamalkan ke­hidupan sihat.

Ketua Timbalan Pengarah DBKU Kartina Zamhari ber­kata, berjalan kaki merupa­kan antara langkah efisien untuk amalan kehidupan sihat di kalangan penduduk bandar yang sibuk dengan urusan harian.

Menurutnya, antara pen­dekatan yang dimainkan DBKU termasuk menganjur­kan Program Berjalan Sihat BandarayaKu.

“Berjalan merupakan ama­lan terbaik untuk kekal sihat terutama bagi mereka yang sibuk dan tidak mempunyai masa untuk bersenam.

“Ada kalangan penduduk bandar tidak melakukan senaman sihat, namun mereka boleh berjalan untuk sihat,” katanya kepada pemberita semasa Program Berjalan Sihat BandarayaKu di sini semalam.

Beliau berkata, program itu merupakan sebahagian daripada usaha DBKU untuk meningkatkan kesedaran tentang kehidupan sihat di kalangan penduduk bandar dengan berjalan kaki.

“Ini merupakan program tahunan yang diadakan empat kali setahun,” ujarnya.

Lebih 400 peserta ter­masuk warga asing menyer­tai Program Berjalan Sihat BandarayaKu yang dian­jurkan DBKU di Esplanade Kuching.

Acara itu dimulakan dengan senaman aerobik sebelum peserta berjalan dari Espla­nade ke Riverbank Suite dan berpatah balik.