Monday, August 19

Jalan Belaga sedang dibina

0

Zahid

Pembinaan Jalan Belaga-Menjawah sepanjang 32km siap tahun ini: Ahmad Zahid

BINTULU: Perdana Men-teri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil beberapa langkah proaktif untuk me-nyelesaikan permasalahan akses perhubungan di Belaga dengan pembinaan jalan raya dari Belaga ke Menjawah sepanjang 32 kilometer sekali gus menyanggah tuduhan beberapa pihak tentang usaha kerajaan pusat dan negeri ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pembinaan Jalan Belaga-Menjawah yang akan siap pada tahun ini (2013) dilaksanakan di bawah Kementerian Pertahanan oleh Kor Jurutera Tentera Darat (ATM) melalui peruntukan khas daripada Perdana Men-teri.

Katanya syarikat pembekal membekalkan bahan binaan jalan itu sekali gus Kor Kejuruteraan akan menyiapkan projek terbabit.

Di samping itu, di bawah Strategi Lautan Biru Ke-bangsaan, jalan Sibu ke Kapit akan dirancang dibina dan sekali lagi meminta Perdana Menteri menyediakan peruntukan khas bagi pembinaannya dan akan diserahkan kepada Kementerian Pertahanan bagi memudahkan Kor Jurutera ATM melaksanakannya.

“Jalan sepanjang 300 hingga 400 kilometer itu akan melalui kawasan hutan, gunung-ganang, jeram dan su-ngai-sungai yang mana pembinaannya akan memakan masa.

“Namun saya yakin permohonan saya dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein ke-   pada Perdana Menteri akan dipertimbangkan sewajar-nya untuk menggantikan penggunaan jalan sungai kepada jalan darat walaupun memakan masa lama untuk membinanya dengan kos  yang tinggi,” katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Bintulu selepas  me-lawat lokasi kejadian bot        eks-pres karam di Belaga semalam.

Beliau berkata jalan balak sedia ada akan digunakan de-ngan kerjasama syarikat pembalakan yang meletakkan ‘stabilizer’ dengan pembinaan banyak jambatan merentangi sungai dan anak-anak sungai.

“Dianggarkan kos pembinaan RM600 juta hingga RM800 juta diperlukan untuk penyiapan jalan ber-kenaan yang mengambil masa lima hingga enam tahun untuk siap.

“Tetapi saya yakin kerajaan negeri akan memberi sokongan untuk ATM me-nyelesaikan pembinaan jalan berkenaan,” tambahnya sambil menambah bahawa lawatan kerjanya ke Belaga adalah mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersimpati terhadap mangsa-mangsa bot karam di Belaga.

“Beliau (Perdana Menteri) mengucapkan takziah dan meminta saya memberi sokongan moral kepada        pasukan penyelamat yang  terdiri daripada polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri di samping Jabatan Bomba dan Penyelamat, penduduk kampung dan agensi-agensi lain di Sarawak,” kata-nya.

Dalam pada itu, pembinaan jalan Belaga-Menjawah akan menghubungkan sembilan rumah panjang Orang Ulu yang terletak di antara pekan Belaga dan Empangan Hidroelektrik Bakun dengan dunia luar.

Jalan itu masih dalam pembinaan oleh Kor Kejurutera-an tentera yang berpangkalan di Kuching, berkonsepkan Jiwa Murni dengan peruntukan RM62 juta iaitu kurang satu perlima daripada menggunakan kaedah konvensional.

Projek itu diumumkan oleh Perdana Menteri semasa lawatannya ke Belaga pada Januari 2011.

Jabatan Kerja Raya (JKR) menganggarkan bahawa pembinaan jalan raya menggunakan kaedah konvensional di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) bernilai lebih RM320 juta.