Kuching sedia gegar kejohanan bola keranjang antara bahagian

0

KUCHING: Pasukan bola keranjang Kuching bersedia merangkul kejuaraan kali ke-12 pada Kejohanan Bola Keranjang Terbuka Antara Bahagian Negeri Sarawak ke-44 yang berlangsung di Sibu.

Juara bertahan itu akan memulakan kempen menentang Sarikei dalam saingan liga lima pasukan.

Skuad warga kota itu kemudiannya menentang Sibu (Sabtu) dan bersemuka dengan Bintulu dan Miri pada Ahad (semalam).

Kuching diwakili oleh Chang Yang Ming, Edgar Hii, Chia Ka Siang, Chung Joon Kiong, Chai Chze Hian, Jong Kian Lung, Ong Seng Huat, Chai Tze Kiong, Kho Hao Yuan, Raymond Hiew, Lau Boon Hui dan Muhammad Afifi.

Manakala Peter Ho dan Lau Boon Hui bertindak selaku pengurus dan jurulatih.

Dalam saingan wanita, empat pasukan iaitu Kuching, Sibu, Sarikei dan Miri bertarung bagi merebut kejuaraan.

Pasukan Kuching memulakan pertarungan dengan Sibu sebelum bersemuka dengan Miri dan Sarikei pada Ahad.

Mereka diwakili oleh Rebecca Dobby, Ng Chai Mei, Narrissa Tay, Goh Ming Yan, Chin Yia Ning, Joyce Chong, Debbie Ting, Christabel Yeo, Bong Yik Kee, Lau Kok Mun dan Liew Pet Yong.

Pengurus pasukan Ng Boon Kok, manakala Ong Seng Huat bertindak selaku jurulatih.

Objektif kejohanan itu antara lain memilih pemainpemain untuk mewakili Sarawak pada Kejohanan Piala Agong ke-55 yang dijadualkan berlangsung pada Ogos depan di Tawau, Sabah.

Majlis penyerahan bendera pasukan diadakan di Stadium Latihan Persatuan Bola Keranjang Sarawak di Taman Seng Goon, Hui Sing Kuching.

Hadir sama Naib Presiden Persatuan Bola Keranjang Bahagian Kuching (KDBA), Wilson Tan dan Pengerusi KDBA, Voon Soon Liang.