Pendekatan atasi bot ekspres lebih muatan akan dibincang

0

Manyin

KUCHING: Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan akan meng-adakan mesyuarat bersama Lembaga Sungai-sungai Sara-wak (LSS), Persatuan Bot Eks-pres serta pihak berkuasa berkaitan untuk mencari pendekatan terbaik menyelesaikan isu bot ekspres membawa penumpang berlebihan.

Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, perbincangan itu membabitkan langkah seterusnya yang patut diambil bagi memastikan semua undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan dipatuhi.

“Pada masa ini, banyak perkara yang bukan mudah untuk polis dan LSS laksanakan walaupun undang-undang sudah ada.

“Kita mempunyai 100 kakitangan tetapi terdapat lebih daripada 500 jeti di seluruh Sarawak.

“Selain itu terdapat beberapa hentian daripada setiap destinasi ke destinasi lain.

“Saya diberitahu ada jurag-an kadangkala menghadapi ke-sukaran mengawal penumpang kerana mereka berebut-rebut untuk balik kampung,” kata-nya kepada pemberita selepas mengunjungi Rumah Terbuka Hari Gawai Dayak Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom kelmarin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai isu bot ekspres membawa lebih muatan.

Menurutnya, ada cadangan supaya bot ekspres mengikut langkah yang diambil syarikat penerbangan yang mendaftarkan penumpang terlebih dahulu.

Tambahnya, cadangan itu mungkin akan dibincangkan dalam mesyuarat yang diada-kan pada bulan ini.

Dalam pada itu, Manyin berkata operator bot ekspres memang mematuhi undang-undang tetapi bukan mudah untuk melaksanakannya di lapa-ngan.

Kebanyakan bot ekspres me-nurutnya dibuat dengan mematuhi spesifikasi ditetapkan.

“Ini bermakna operator bot ekspres mematuhi peruntukan undang-undang,” ujarnya.