Tiga termasuk seorang polis sukarelawan maut dalam nahas

0

KULAIJAYA: Tiga termasuk seorang anggota polis sukarelawan maut apabila kenderaan Land Rover polis yang membawa empat suspekkes curi bertembung dengan sebuah bas dan kereta Proton Iswara di KM24, JalanJohor Baharu-Ayer Hitam, dekat Senai, kelmarin.

Kesemua mangsa yang terbunuh di tempat kejadian dikenali sebagai Konstabel Mohd Amir Fairuz Mohd Sobri, 21, suspek M.Marimuthu, 38 dan pemandu kereta Proton Iswara, Rosde Tukio, 48, seorang warga Indonesia bertaraf Pemastautin Tetap.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulaijaya, DSP Mohad Idris Samsuri berkata kemalangan itu berlaku jam 7.40 malam apabila Land Rover dinaiki empat anggotapolis dari Balai Polis Senai dalam perjalanan pulang membawa empat suspek kes curi di sebuah pasar raya di Senai.

Kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah bas yang membawa 25 penumpang dan kereta Proton Iswara yang dinaiki Rosde dengan rakannya.

“Bagaimanapun, pemandu bas, kesemua penumpang, seorang lagi anggota polis dan tiga suspek lain terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata Mohd Idris kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya, di sini, semalam.

Beliau berkata sebelum itu empat anggota polis itu pergi ke sebuah pasar raya di Senai selepas menerima laporan daripada pihak pengurusan pasar raya itu berhubung kes kecurian barangan membabitkan empat pekerjanya.

Katanya, dua anggota polis dan dua rakan Rosde, yang juga warga Indonesia bertaraf Pemastautin Tetap, pula cedera di beberapa anggota badan dan merekakini menerima rawatan di Hospital Kulai dan Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu.

Sementara itu, salah seorang anggota polis yang cedera, Konstabel Shahrin Midai, 20, berkata beliau tidak dapat mengingati kemalangan itu memandangkan kejadian itu berlaku dengan pantas.

“Kami baharu saja menahan empat suspek di sebuah pasar raya dan ketika dalam perjalanan pulang ke balai, saya tiba-tiba rasa melayang dan terus tidaksedarkan diri. Sebaik sahaja sedar, saya sudah terbaring atas katil dihospital,” katanya. — Bernama