Sunday, May 16

40 bayi dilahirkan di sekitar Kuching pada Hari Gawai

0

KUCHING: Seramai 40 bayi selamat dilahirkan di hospital- hospital kerajaan dan swasta di sekitar Kuching pada perayaan Hari Gawai lepas.

Seramai 21 bayi perempuan dan 19 bayi lelaki dilahirkan dan dilaporkan sihat bersama ibu masing-masing.

Jumlah tersebut diperolehi daripada Hospital Umum Sarawak, Hospital Bau, Hospital Serian, Pusat Perubatan Pakar Normah dan Kuching Specialist Hospital.

Hospital Umum Sarawak melaporkan bayi paling ramai lahir pada hari perayaan tersebut dengan 19 bayi perempuan dan 14 bayi lelaki.

Sementara itu Hospital Bau melaporkan dua bayi lelaki dan dua bayi perempuan pada hari yang sama diikuti Hospital Serian, Pusat Perubatan Pakar Normah dan Kuching Specialist Hospital yang masing-masing mencatat kelahiran seorang bayi lelaki.

Menurut salah seorang jururawat di Hospital Umum Sarawak, Mary Tuyong pihaknya telah mencatat bayi paling berat dilahirkan pada hari tersebut iaitu seorang bayi lelaki berbangsa Iban seberat 3.8 kilogram manakala yang paling ringan juga seorang bayi lelaki seberat 1.8 kilogram.

“Bayi pertama dilahirkan sempena Hari Gawai ialah pada jam 12.27 pagi manakala bayi terakhir yang dilahirkan pada hari itu ialah pada jam 9.56 malam,” ujar Mary ketika dihubungi semalam.

Mary memberitahu, kesemua bayi dan ibu masingmasing dilaporkan sihat dan telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sehari selepas bersalin.