Dakwaan Malaysia pusat edar steroid disiasat

0

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat laporan sebuah portal berita antarabangsa yang mendakwa Malaysia antara negara yang dijadikan pusat pengedaran steroid oleh sindiket dadah antarabangsa yang menjalankan operasi secara atas talian.

Timbalan Pengarah 1 Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Haris Wong Abdullah berkata dakwaan portal berita berkenaan akan diteliti serta disiasat sebelum sebarang tindakan diambil.

“Polis kini sedang memantau mana-mana sindiket dadah antarabangsa yang cuba menjadikan Malaysia sebagai pusat pengedaran dadah,”  katanya ketika dihubungi  Bernama semalam.

Portal berita berkenaan mendedahkan bahawa Malaysia turut dijadikan pusat pengiklanan steroid itu melalui penubuhan ratusan laman web yang dikendalikan sebuah syarikat tempatan.

Haris berkata pihaknya kini sedang meneliti beberapa maklumat yang didedahkan portal berita berkenaan dan tidak menolak kemungkinan akan melakukan kerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) selepas dakwaan tersebut dapat dibuktikan  kesahihannya.

Beliau menjelaskan bahawa pihaknya sentiasa melakukan pemantauan termasuk dari-pada sudut risikan dan operasi terhadap mana-mana sin-diket dadah antarabangsa yang cuba menjadikan negara ini sebagai pusat pengoperasian mereka. — Bernama