PM dijangka meriahkan Gawai di Rumah Wilson Begat

0

BETONG: Orang ramai dijemput menghadiri Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak 2013 di Rumah Wilson Begat Bekir, Penom, Paku pada 9 Jun (Ahad) ini yang dijangka dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena lawatan kerja beliau ke Betong.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato Sri Douglas Uggah Embas berkata pelbagai persiapan dilakukan bagi menjayakan majlis tersebut.

“Kami teruja dan gembira apabila Perdana Menteri menyatakan hasrat untuk berkunjung ke rumah kami bagi bersama-sama meraikan sambutan Hari Gawai tahun ini.

“Kami turut menjangkakan tidak kurang daripada 3,000 pengunjung dan penyokong Barisan Nasional (BN) akan hadir pada program tersebut.

Rumah Wilson Begat Bekir, Penom, Paku yang berusia 87 tahun sepanjang 21 pintu merupakan rumah panjang tempat kelahiran Uggah.