Atlet angkat berat pecah rekod negara

0

KUALA LUMPUR: Skuad angkat berat negara memec­ahkan empat rekod kebang­saan bagi kategori wanita bawah 69kg dan kategori atas 75kg menerusi Nor Khasida Abdul Halim dan Nur Jan­nah Batrisyah pada Kejo­hanan Angkat Berat Terbuka Malaysia 2013 yang berakhir semalam.

Penolong jurulatih skuad angkat berat negara, Mohd Faizal Baharom berkata bagi kategori bawah 69kg, Nor Khasida memperbaharui tiga rekod kebangsaan menerusi disiplin ‘snatch’ dengan ang­katan 82kg dan acara ‘clean and jerk’ dengan angkatan 103kg.

Rekod ketiga beliau ialah jumlah angkatan bagi kedua-dua acara berkenaan iaitu 185 kg.

Bagi kategori atas 75kg, Nur Jannah memperbaharui rekod kebangsaan dalam acara ‘clean and jerk’ dengan angkatan 124kg, mengatasi rekodnya sebelum ini iaitu 123kg.

“Berdasarkan pencapaian itu, saya percaya atlet kita berpotensi memberi saingan hebat dalam Sukan SEA My­anmar akan datang.

“Tidak mustahil untuk kita memperoleh pingat walaupun hampir setahun mereka tidak menyertai sebarang kejohanan kompetitif,” kata Mohd Faizal ketika dihubungi Bernama. — Bernama