Larian Tanggathon Batu Caves pupuk perpaduan antara kaum

0

KUALA LUMPUR: Leb­ih 1,000 peserta dijangka mengambil bahagian dalam Larian Tanggathon Batu Caves 2013 yang bertu­juan mengeratkan hubungan antara kaum melalui sukan pada 16 Jun ini.

Presiden Olahraga Ama­tur Selangor, Datuk S.M. Muthu berkata orang ramai dipelawa mengambil peluang menyertai acara larian itu bagi merapatkan ikatan per­paduan di samping menjaga kesihatan.

“Sehingga kini kita sudah menerima lebih kurang 800 penyertaan dan saya ber­harap bilangan tersebut akan terus bertambah sehingga ta­rikh tutup iaitu esok, 10 Jun (hari ini),” katanya kepada Bernama, di sini semalam.

Larian yang julung kali diadakan sejak 1998 itu me­nampilkan sedikit kelainan dengan menambah laluan sejauh lima kilometer sebe­lum mendaki 272 anak tangga berbanding acara sama sebe­lum ini iaitu mendaki tangga sahaja.

Acara yang menawarkan hadiah wang tunai seban­yak RM500 beserta pingat kepada setiap juara itu me­nampilkan tujuh kategori iaitu terbuka wanita dan lelaki (18 hingga 39 tahun), lelaki junior veteran (40-49), wanita veteran (35 tahun ke atas), lelaki senior veteran (50 tahun ke atas) serta lelaki dan wanita junior (13-17).

Orang ramai boleh memuat turun borang pendaftaran melalui www.ftaaa.org.my atau mendapatkannya di pejabat Persatuan Olahraga Amatur Wilayah Perseku­tuan (FTAAA) dan Per­satuan Olahraga Selangor. — Bernama