Grand Palace Hotel anjur kempen derma darah esok

0

MIRI: Dalam usaha membantu masyarakat setempat dan mempromosikan masyarakat penyayang, Grand Palace Hotel dengan kerjasama Bank Darah Hospital Miri akan menganjurkan kempen menderma darah pada Sabtu, 15 Jun ini.

Kempen berkenaan akan diadakan di Broadway Lounge hotel tersebut dari jam 10 pagi hingga 1 petang.

Kempen bertujuan untuk menggalakkan para pekerja hotel terbabit menyokong dan membantu golongan yang memerlukan.

Selain pekerja hotel, pelanggan hotel dan masyarakat setempat turut digalakkan menjayakan kempen terbabit.

Secara langsung, selain membantu meningkatkan kesedaran masyarakat setempat dalam membantu golongan yang memerlukan, ia turut boleh menambah jumlah keperluan darah di hospital.

Aktiviti berkenaan turut merupakan sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) hotel dalam usaha memberi bantuan kepada masyarakat.

Mereka yang ingin mengetahui lanjut mengenai kempen tersebut, boleh menghubungi pihak hotel di talian 085-428888.