Masyarakat Dayak S’wak, Kalimantan Barat diseru manfaat hubungan baik

0

KUCHING: Masyarakat Dayak di sini dan di Kalimantan Barat perlu memanfaatkan hubungan baik antara kedua-dua pihak dengan membangunkan hubungan ekonomi.

Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan berkata, usaha seumpama yang turut digalakkan dalam dasar kerajaan Sosek-Malindo perlu diberi fokus memandangkan hubungan sosial dan budaya semakin kukuh.

“Hubungan (ekonomi) lebih kekal dan menguntungkan kedua-dua pihak,” katanya ketika ditemui sebelum menyempurnakan simbolik pelepasan seramai 71 peserta konvoi Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) yang akan menghadiri Majlis Gawai Dayak di Sanggau Kalimantan di sini, semalam.

Mawan, yang merupakan Presiden SDNU memberitahu, hubungan sosial antara kedua-dua pihak yang berjaya dipertingkatkan dapat dicerminkan menerusi sambutan meriah diberikan pada setiap lawatan ke Kalimantan Barat untuk acara-acara rasmi, terutamanya semasa perayaan Gawai Dayak.

Sementara itu, menurut SDNU Naib Presiden Anthony Banyan, sebanyak 17 kenderaan terlibat dalam konvoi yang lengkap dengan liputan media tersebut.

Kumpulan itu akan melalui pintu masuk Tebedu-Entikong dan akan meneruskan ke Sanggau di mana mereka dijangka akan diberikan sambutan meriah oleh ahli-ahli Dewan Adat Dayak.

Pada sebelah petang pula, acara ramah-tamah akan diadakan di rumah panjang yang akan dirasmikan oleh Timbalan Residen Sanggau Polus Hadi.

Hari ini, konvoi akan meneruskan Pontianak untuk menghadiri sambutan Gawai Dayak yang akan dirasmikan oleh Gabenor Kalimantan Barat Bapa Cornelis di Dewan Rumah Dayak.

Acara yang dianjurkan oleh Majlis Adat Dayak Nasional itu turut disertai oleh Mawan serta isteri, Datin Julia dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Datuk Joseph Mauh Ikeh.