Beberapa barang dipamerkan di Pesta Makanan Kuching hilang

0

KUCHING: Beberapa penjaja yang menjual barang di Pesta Makanan Kuching membuat laporan polis selepas menyedari beberapa barang yang dipamerkan hilang.

Menurut seorang penjaja yang datang dari Semenanjung Malaysia untuk menyertai pesta itu, mereka menyedari beberapa barang mereka hilang sejak 13 Jun lalu.

Bagaimanapun, kebelakangan ini didapati semakin banyak barang aksesori telefon bimbit hilang sehingga mengalami kerugian mencecah RM3,000.

Salah seorang penjaja yang menjual bantal urut turut mengalami kerugian anggaran RM2,000 selepas kira-kira sembilan barang itu dicuri.

Kecurian itu disyaki telah dilakukan pada waktu malam kerana ia hanya disedari keesokan harinya apabila mereka hendak memulakan perniagaan.

“Kami telah membuat aduan kepada pihak pengurusan pesta itu dan anggota RELA namun perkara ini masih berlaku,” katanya sambil menambah sekurang-kurangnya enam penjaja mengalami situasi sama.

Polis sedang menyiasat.