Monday, September 23

Indonesia sertai bazar Ramadan di Cityone

0

KUCHING: Konsulat Jenderal Republik Indonesia mengambil bahagian dalam jualan bazar Ramadan yang diadakan di lobi utama pusat beli-belah Cityone yang bermula 9 Julai lepas hingga 8 Ogos depan.

Gerai yang dibuka dari jam 10 pagi sehingga 10 malam itu menawarkan pelbagai jenis produk Indonesia seperti pakaian muslimah, kebaya, tudung, telekung, jubah, aksesori dan perhiasan, lapik meja dan barang keperluan lain untuk meraikan Hari Raya yang bakal tiba.

Selain itu, pada 20 dan 27 Julai kelak, kumpulan muzik dari Pejabat Am Konsulat akan dijemput untuk membuat persembahan nasyid dan lagu-lagu Indonesia di pentas utama Cityone.

Objektif acara ini adalah memperkenal dan mempromosi produk Indonesia kepada masyarakat Sarawak serta merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara kedua-dua negara ini.

Pihak Konsulat Jenderal Republik Indonesia ber- besar hati menjemput orang ramai untuk melawat gerai Indonesia pada bulan Ra-madan ini di samping me- rasai pengalaman Ramadan di Indonesia.