Proses pengundian awal lancar: Ketua Polis T’ganu

0

KUALA BESUT: Proses pengundian awal bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut di Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia Gong Kedak di sini semalam berjalan lancar, kata Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustafa.

Katanya, anggota polis telah ditempatkan di situ sejak jam 6.30 pagi bagi memastikan keadaan keselamatan terkawal apabila proses pengundian bermula jam 8 pagi.

“Saya puji parti yang bertanding kerana mematuhi peraturan yang telah ditetapkan setakat ini,” katanya pada sidang media di sini.

Sebanyak 1,134 anggota tentera dan pasangan serta 14 pegawai polis layak mengundi awal semalam. — Bernama

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS, Endot @ Azlan Yusof.

Kedua-dua mereka berada di pusat pengundian awal sejak awal pagi tadi.

Dalam pada itu Jamshah mengingatkan parti yang bertanding dan penyokong mereka agar tidak mengedarkan risalah di tepi jalan raya kerana selain membahayakan kesihatan turut menyumbang kepada kesesakan jalan raya.

“Ini kerana jumlah kenderaan dan orang makin bertambah menjelang hari pengundian,” katanya. — Bernama