KAPIT: Pihak penganjur Kejohanan Liga Bola Sepak Kapit Juara-Juara Kapit- Naim 2013 mempelawa pasukan-pasukan dari kelab, pertubuhan, persatuan, jabatan kerajaan atau swasta menyertai liga tersebut yang dijadual berlangsung pada 17 Ogos depan.
Setiausaha Persatuan Bola Sepak Kapit, Mohamad Junaidi berkata borangborang serta syarat-syarat penyertaan boleh didapati daripada beliau sendiri atau menghubunginya di talian, 019-8193552 atau 084- 796266 di Pejabat Majlis Daerah Kapit.
Menurutnya, pertandingan tersebut yang sepatutnya berlangsung lebih awal tetapi ditangguhkan disebabkan PRU13 dan bulan Ramadan tahun ini.
Katanya, johan dan naib johan akan mewakili Bahagian Kapit untuk menyertai Liga Juara-Juara yang bakal berlangsung di Bintulu pada Oktober depan.
“Justeru, saya bagi pihak Persatuan Bola Sepak Bahagian Kapit menyeru peminat- peminat sukan bola sepak tempatan terutamanya dari Belaga, Kapit dan Song supaya mengambil peluang ini untuk menyertai pertandingan liga tersebut,” katanya.