Wednesday, August 17

Lord Tiger akan berusaha gigih mencapai kejayaan

0

KUCHING: Pasukan bola keranjang tempatan, Lord Tiger akan berusaha lebih gigih untuk mencapai kejayaan termasuk dalam Liga Bola Keranjang Kuching yang bermula kelmarin.

Pemenang tempat kedua untuk Terbuka Kuching tahun lalu mendapat tentangan Samarahan pada perlawanan pembukaan di Stadium Latihan Persatuan Bola Keranjang Sarawak.

Perlawanan lain menyaksikan Stranger menentang Aeroport dan Nemesis bertemu Efos Kimbay.

Pasukan lain yang menyertai liga tajaan Tune Talk termasuk juara Terbuka Kuching tahun lalu, Persatuan Bola Keranjang Sungai Apong.

Ke johanan t e r s ebut menggunakan format liga ‘round-robin’ yang mana setiap pasukan berpeluang bermain dua perlawanan dan empat pasukan terbaik dengan kutipan mata tertinggi layak ke separuh akhir.

Perlawanan berlangsung setiap Ahad dengan tiga perlawanan untuk empat bulan dan peminat bola keranjang di Kuching dijemput untuk menyaksikan kejohanan itu.

Juara akan menerima wang tunai RM3,000 dan trofi manakala pemenang tempat kedua membawa pulang RM1,000 dan trofi.