Serlahkan bakat Esmelda

0

GIMNAS TERBAIK: Esmelda diapit oleh Gergana (kiri) dan Bogomil selepas merangkul pingat pada SUKMA XVI di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUCHING: Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persekutuan Gimnastik Malaysia (PGM) perlu berbincang sendiri dengan ibu bapa gimnas, Esmelda Arecia Menti Alfred Geling jika mereka berhasrat untuk membawa beliau ke Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Francis Nyurang Ding memberitahu Utusan Borneo semalam, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk melepaskan gimnas muda yang semakin meningkat naik itu untuk menyertai skuad kebangsaan.

“Saya sangat menyokong Esmelda menjalani latihan di SSBJ agar beliau dapat meningkatkan lagi bakat dan kemahirannya,” jelas Francis di sini semalam.

“Namun seperti yang kita tahu, Esmelda masih muda dan bersekolah.

Justeru, keputusan menghantar beliau menyertai skuad kebangsaan bergantung kepada persetujuan ibu bapanya.

“MSNS hanya boleh membantu MSN dan PGM jika mereka berhasrat untuk berjumpa dengan kedua-dua ibu bapa Esmelda bagi membincangkan cadangan tersebut,” katanya.

Laporan akhbar kelmarin memetik Presiden PGM, Abdul Razak Mat Amin berhasrat untuk menyerap Esmelda dalam skuad kebangsaan susulan pencapaian cemerlangnya pada SUKMA XVI baru-baru KUCHING: Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persekutuan Gimnastik Malaysia (PGM) perlu berbincang sendiri dengan ibu bapa gimnas, Esmelda Arecia Menti Alfred Geling jika mereka berhasrat untuk membawa beliau ke Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Francis Nyurang Ding memberitahu Utusan Borneo semalam, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk melepaskan gimnas muda yang semakin meningkat naik itu untuk menyertai skuad kebangsaan.

“Saya sangat menyokong Esmelda menjalani latihan di SSBJ agar beliau dapat meningkatkan lagi bakat dan kemahirannya,” jelas Francis di sini semalam.

“Namun seperti yang kita tahu, Esmelda masih muda dan bersekolah.

Justeru, keputusan menghantar beliau menyertai skuad kebangsaan bergantung kepada persetujuan ibu bapanya.

“MSNS hanya boleh membantu MSN dan PGM jika mereka berhasrat untuk berjumpa dengan kedua-dua ibu bapa Esmelda bagi membincangkan cadangan tersebut,” katanya.

Laporan akhbar kelmarin memetik Presiden PGM, Abdul Razak Mat Amin berhasrat untuk menyerap Esmelda dalam skuad kebangsaan susulan pencapaian cemerlangnya pada SUKMA XVI baru-baru ini.

Francis turut menyarankan agar Esmelda menyertai program latihan jangka masa pendek di SSBJ, jika beliau tidak dapat mengikuti latihan sepenuh masa di sana.

“Atlet terjun Pandelela Rinong pernah mengikuti program yang sama, sebelum beliau mengikuti latihan sepenuh masa di SSBJ.

“Pada saya, pendekatan ini adalah terbaik bagi Esmelda kerana ia memudahkan semua pihak termasuk beliau sendiri,” tambah Francis.

Esmelda, 13, dinobatkan Atlet Wanita Terbaik pada temasya SUKMA XVI di Kuala Lumpur yang berakhir awal bulan ini setelah merangkul dua emas, tiga perak dan satu gangsa.

Beliau turut mencuri tumpuan dengan membantu kontinjen negeri meraih satu emas, dua perak dan dua gangsa pada SUKMA 2012 di Kuantan, Pahang.

Skuad gimnastik artistik Sarawak dilatih oleh Momchilov Bogomil Ivanov manakala Momchilova Gergana Kostadinova bertindak sebagai pengurus.