Friday, July 10

Jangan timbulkan provokasi sepanjang pengundian: Polis

0

BESUT: Polis semalam mengingatkan penyokong parti bertanding tidak me-nimbulkan provokasi sepanjang proses pengundian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, hari ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata kesemua tempat mengundi dijangka sesak ekoran kehadiran pe-nyokong parti dari luar menjelang hari pengundian untuk memberi sokongan dan meraih undi.

Bercakap dalam sidang media di sini semalam, beliau berkata perbezaan budaya antara penduduk luar dan setempat dibimbangi mampu mencetuskan ketegangan di antara dua pihak.

“Kita percaya penduduk tempatan tidak bertindak demikian namun yang membimbangkan penyokong dari luar yang agresif untuk meraih undi sehingga mencetuskan kekecohan.

“Insiden seperti ini berlaku pada pilihan raya umum lalu dan kita tidak mahu ia berulang,” katanya, sambil meminta para penyokong menghormati budaya masya-rakat setempat agar proses hari ini berjalan lancar.

Bagaimanapun, katanya, polis mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 20 permohonan permit untuk mengadakan ceramah dan tayangan video diluluskan semalam.

Katanya pemantauan polis mendapati kesemua ceramah itu berlangsung secara aman tanpa dicemari sebarang insiden yang tidak diingini.

“Saya mengingatkan kepada parti bertanding tempoh berkempen akan tamat jam 12 tengah malam ini dan selepas itu tidak dibenarkan mana-mana pihak mengadakan kempen jika masih ingkar tindakan akan diambil,” katanya.

Beliau berkata sepanjang proses pengiraan undi berlangsung polis akan meningkatkan tahap keselamatan bagi menggelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.

Katanya, polis juga tidak membenarkan sebarang per-arakan bagi meraikan kemenangan menggunakan motosikal, kereta mahupun secara berjalan kaki. — Bernama