Wednesday, October 16

Undi calon BN untuk masa depan yang lebih berjaya: Najib

0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berharap para pemilih keluar awal hari ini bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Nege-ri Kuala Besut dan mengundi calon Barisan Nasional (BN) untuk masa depan Terengganu yang lebih berjaya.

“Insya-Allah, beliau (Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman) merupakan calon yang paling sesuai untuk kesejah-teraan masa depan Kuala Besut. Undilah Ku Zaihan dan Barisan Nasional untuk masa depan Terengganu yang lebih berjaya,” kata perdana menteri di laman Facebook semalam.

Najib berkata Tengku Zai-han merupakan calon muda yang bersemangat dan mampu mencetuskan idea-idea baharu untuk memakmurkan lagi kehidupan di Kuala Besut.

Sebagai anak jati Kuala Besut, calon BN itu tentunya mahukan yang terbaik untuk kawasan berkenaan, katanya.

Beliau berharap proses pengundian bagi pilihan raya kecil itu berjalan lancar, lebih-lebih lagi ia berlangsung dalam bulan Ramadan.

“Selaras dengan kempen yang sedang rancak berjalan dan hari mengundi pada hari esok (hari ini), saya berharap agar semua pengundi DUN Kuala Besut dapat keluar menjalankan tanggungjawab masing-masing seawal mungkin,” katanya. — Bernama