Telekom M’sia tidak terima bayaran bil LAKU mulai Sept

0

MIRI: Telekom Malaysia memaklumkan bahawa pihaknya tidak akan menerima bayaran bil LAKU di kaunter Telekom berkuat kuasa 1 September akan datang.

Sehubungan itu, berkuat kuasa serta-merta dengan tarikh yang sama, LAKU juga tidak akan menerima bayaran bil Telekom Malaysia di kaunter LAKU di bangunan Soon Hup Tower di sini.

Bagaimanapun menurut pihak pengurusan LAKU, pelanggan masih boleh membayar bil air LAKU di kaunter kutipan mereka atau kaunter Sistem Bayaran Bil Setempat (SBBS) di Majlis Bandaraya Miri (MBM), Sarawak Energy Berhad, Sarawak Gas Distribution Sdn Bhd atau semua kaunter Pejabat Pos/ Pos Mini di sekitar Miri.

Sehubungan itu, pihak LAKU memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.