KUCHING: Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Lintang akan menganjurkan perjumpaan semula sempena Hari Raya Aidilfitri pada 16 Ogos di sebuah hotel di bandar raya ini.
Jamuan akan bermula pada jam 7.30 malam.
Program itu diadakan untuk mengukuhkan kembali hubungan antara bekas pelajar dan menyediakan platform untuk terus berhubung antara satu sama lain.
Mereka yang berminat perlu menempah kupon berharga RM35 setiap seorang.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi atau menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Seliah Zen menerusi talian 014- 6866056 atau Dayang Asmah (013- 8284041).