Lelaki ugut sembelih adik dengan pisau

0

BESUT: Polis menahan seorang lelaki yang didakwa mengugut untuk menikam dan menyembelih adiknya hanya kerana berlaku sedikit perselisihan faham.

Lelaki berusia 36 tahun terbabit juga didapati positif dadah dan polis merampas sebilah pisau lipat sepanjang 16.5 sentimeter daripada lelaki itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Noor Zainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian pada jam 12 tengah hari Selasa itu, lelaki terbabit dikatakanbertanya mengenai kehilangan barangnya yang diletakkan di dalam bilik rumah adiknya.

“Bila suspek tidak berpuas hati dengan jawapan adiknya, suspek terus menumbuk adiknya yang berusia 30 tahun itu dan berlaku pergelutan hingga menyebabkan suspek mengeluarkan pisau untuk menikam dan menyembelih mangsa,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Noor Zainy berkata perbuatan suspek berjaya disekat oleh anggota keluarga yang datang untuk menyuraikan pergaduhan itu. — Bernama