Saturday, September 19

Pesta untuk rapat MPP, penduduk

0

KUCHING: Pesta Padawan 2013 di Bandar Baru Batu Kawa (MJC) akan dibuka kepada orang ramai, hari ini.

Acara tahunan anjuran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) itu akan berlangsung selama sebulan dari 16 Ogos hingga 15 September, setiap malam dari jam 6 petang hingga 11.30 malam.

Menurut Pengerusi MPP Lo Khere Chiang, objektif Pesta Padawan adalah untuk merapatkan hubungan antara majlis dengan penduduk di bawah kendaliannya.

“Untuk itu, semua golo-ngan masyarakat adalah dialu-alukan untuk bersama-sama mengunjungi dan memeriahkan lagi Pesta Padawan pada kali ini,” kata-nya pada sidang media di sini, semalam.

Pesta Padawan kali ke-17 tersebut akan menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung seperti pesta makanan dan jualan serta persembahan pentas.

“Sebanyak 40 gerai maka-nan dan minuman serta 56 gerai jualan akan dibuka dan kebanyakan daripada peniaga adalah dari Pesta Kuching yang baharu ber-akhir,” katanya.

Justeru, bagi memastikan para peniaga mengutamakan kebersihan dan kualiti makanan masing-masing, Lo berkata MPP akan mengadakan pertandingan melibatkan semua gerai terbabit.

“Kami mahu peniaga me-nawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan,” katanya sambil menambah gerai terbaik bakal membawa pulang hadiah wang tunai serta sijil.

Dalam pada itu, Lo berkata Pesta Padawan 2013 turut akan menampilkan penyanyi-penyanyi popular tempatan serta beberapa penyanyi undangan dari Kuala Lumpur.

Antara artis tempatan yang disenaraikan ialah Rickie Andrewson, Ricky El, Alon Lupeng, Ranne Pat, Betty, Melissa Francis, Lucy M, Sima, Winnie Albert, Stevenson, Swaylin, Maxwell, Jenarino Jeraki, Jocey Menti, Wendy, Julita James, Urai dan Maryline.

Selain itu, Lo menambah persembahan pentas oleh kumpulan kugiran serta pertunjukan akrobatik turut akan dipersembahkan untuk memeriahkan lagi pesta.

“Kemasukan adalah percuma untuk orang ramai bersama-sama menyaksikan persembahan yang akan dipentaskan ini,” katanya.

Majlis perasmian Pesta Padawan 2013 akan diadakan pada 23 Ogos dan dijangka disempurnakan oleh Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Jerip Susil pada jam 7.30 malam.