11 cawangan PBB bergabung anjur Majlis Ramah-tamah Aidilfitri 2013

0

KUCHING: Sebelas cawa-ngan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini serta Parlimen Santubong dan Petra Jaya bergabung menganjurkan Majlis Ramah-tamah Aidilfitri 2013 pada 1 September ini.

Timbalan Presiden PBB yang juga Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata cawangan-cawangan tersebut ialah Tanjong Datu, Pantai Damai, Demak Laut, Tupong, Samariang, Satok, Batu Lintang, Batu Kawah, Padungan, Pending dan Kota Sentosa.

Majlis julung kali itu katanya diadakan sempena majlis pemilihan perwakilan PBB cawangan-cawangan berkenaan sebelum parti itu berkonvensyen pada 18 hingga 20 September depan.

“Gabungan Parlimen Santubong, Petra Jaya dengan cawangan-cawangan PBB Tanjong Datu, Pantai Damai, Demak Laut, Tupong, Samariang, Satok, Batu Lintang, Batu Kawah, Padungan, Pending dan Kota Sentosa akan menganjurkan Majlis Ramah-tamah Aidilfitri pada 1 September depan.

“Ini merupakan majlis dua dalam satu kerana pada masa sama ia merupakan perasmian mesyuarat perwakilan PBB untuk semua cawangan yang saya sebutkan tadi,” katanya pada sidang media mengenai penganjuran majlis itu di pejabatnya di Bangunan Wisma Sultan Tengah di sini semalam.

Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan dan Ahli Dewan Undangan Ne-geri (ADUN) Satok berkata majlis itu akan bermula pada jam 7.30 malam dan akan dirasmikan oleh Ketua Menteri merangkap Pengerusi PBB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud manakala ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni selaku hos.

Pada majlis yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dengan tema ‘Kuching Ke Arah 2030’, semua wakil rakyat dan Ahli Parlimen kawasan berkenaan dijangka hadir, termasuk kira-kira 2,000 orang.

Tambahnya Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya, Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Santubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan ADUN Tanjong Datu Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem dijangka hadir sama.

Pada majlis itu katanya Ketua Menteri akan me-nyampaikan amanat penting mengenai pembangunan di Kuching dan perjuangan serta hala tuju parti tulang belakang Barisan Nasional (BN) negeri itu.

“Di samping meraikan Aidilfitri beliau (Ketua Menteri) akan memberi amanat pen-ting mengenai pembangunan di Kuching dan seterusnya amanat mengenai parti PBB termasuk peranan ahli parti untuk memastikan Wawasan 2020 menjadi kenyataan,” jelasnya.

Hadir sama pada sidang media itu, ADUN Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi, ADUN Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Dr Hazland, Pegawai Khas Ahli Parlimen Santubong Sakan Piee dan Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya Fazzrudin Abdul Rahman.