AJK Keselamatan dan Kesihatan Wisma RELA Aman menganjur Hari Keluarga

0

AJK Keselamatan dan Kesihatan Wisma RELA Aman menganjur Hari Keluarga

MIRI: Seramai 160 peserta terdiri daripada ahli jawatankuasa (AJK) Keselamatan dan Kesihatan Wisma RELA Aman menganjurkan Hari Keluarga di Piasau Boat Club pada Ahad lalu.

Pada hari tersebut, mereka disajikan dengan pelbagai permainan seperti meniup bola pingpong, larian dengan belon, hula-hup, pertandingan makan dan aktiviti-aktiviti sukaneka lain.

Selain itu, ada antara peserta yang memilih aktiviti sukan seperti bola tampar dan berkayak.

Setelah berhempas-pulas dalam aktiviti riadah tersebut, para peserta dijamu dengan makan tengah hari disusuli dengan majlis penyampaian hadiah.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Wisma RELA Aman Rita Tan, Timbalan Pengerusi Wong Kee Mee serta Penyelaras Sorina Yeo.

Hari keluarga tersebut disertai kakitangan Kumpulan Syarikat BLD dan See Hua Marketing Sdn Bhd serta ahli-ahli keluarga mereka.