Masterskill tawar Kursus Sijil Asas Sains Kesihatan

0

KUCHING: Tanpa memerlu-kan tempoh pembelajaran yang panjang untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, Masterskill Global College Kuching Sarawak (Masterskill) kini menawarkan Kursus Sijil Asas Sains Kesihatan hanya selama setahun.

Penyelaras Program Kelvin Siaw Yun Ted berkata, kursus itu terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam jurusan Sains yang mendapat kredit sekurang-kurangnya dalam lima subjek termasuk subjek Sains.

“Kursus ini hanya selama 12 bulan dan pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan cemerlang, akan mendapat tiket untuk melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) serta Ijazah Sarjana Muda Farmasi,” katanya pada sidang media semalam.

Kelvin menjelaskan bahawa pelajar yang mendapat keputusan SPM 6A dan ke atas akan diberikan biasiswa 100 peratus manakala mereka yang mendapat 5A dan ke bawah akan disediakan biasiswa 50 peratus.

Beliau menambah pihak-nya turut menyediakan tempat tinggal dan pengangkutan kepada pelajar pada sesi kemasukan pada 14 Oktober nanti.

Katanya bagi kursus itu, pihaknya membuat ambilan sebanyak tiga sesi dalam setahun iaitu Sesi Januari, Sesi Jun-Julai dan Sesi September-Oktober.

“Pelajar boleh mengikuti Kursus Sijil Asas Sains Kesihatan di Masterskill Kuching dan dalam masa yang sama berpeluang meneruskan pengajian di Peringkat MBBS pada ambilan September 2014 di ASIA Metropolitan University (AMU) Johor Bahru,” tambahnya.

Selain itu, Kelvin memberitahu bahawa bagi pelajar yang mengikuti Kursus Sijil Asas Sains Kesihatan berminat untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di luar negara, Masterskill turut bekerjasama dengan Universiti Perubatan Tehran, Iran.

“Mereka yang mengikuti Kursus Sijil Asas Sains Kesihatan yang berjaya mendapat CGPA 3.50 dan ke atas akan mendapat tiket untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Farmasi, CGPA 3.00 ke atas dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan, Pergigian dan Kejururawatan.

“Manakala mereka yang mendapat CGPA 2.50 dan ke atas boleh melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan Bersekutu,” ujarnya.

Pada masa yang sama beliau memberitahu bahawa Masterskill turut menyedia-kan tenaga pengajar yang berkualiti bagi menghasilkan pelajar yang cemerlang.

Justeru, beliau berharap pelajar lepasan SPM meng-ambil peluang yang disedia-kan di Masterskill untuk meningkatkan diri dalam melahirkan modal insan yang cemerlang untuk negara.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengunjungi Masterskill Global College Kuching di Jalan Batu Kawa atau menghu-bungi Kennedy di talian 013-5592334, Ivan (012-2371240), Susanna (012-6799074) dan Majory (014-5582894).