Sunday, August 25

Pemuda ditahan disyaki menceroboh

0

MIRI: Seorang pemuda berusia 20 tahun ditahan polis kerana disyaki menceroboh bilik sewa pekerja di Pusat Komersil Centre Point di sini pada jam 12.30 tengah hari kelmarin.

Menurut sumber, suspek dilihat memasuki beberapa bilik para pekerja premis di situ, iaitu kediaman yang disewakan oleh majikan mereka yang terletak di tingkat dua sebuah bangunan kedai di pusat komersil berkenaan.

Kehadiran suspek yang mencurigakan disedari oleh pemilik bangunan tersebut yang kemudiannya menghubungi pihak polis.

Sepasukan polis peronda yang menerima laporan berkenaan bergegas ke tempat kejadian dan berjaya menahan suspek lalu membawanya ke Balai Polis Pusat Miri untuk disoal siasat.

Suspek ketika diminta untuk menunjukkan kad pengenalannya, gagal berbuat demikian.