Pertahan keharmonian kaum

0

BERBAKAT: Taib diiringi Moggie melawat ruang pameran hasil kerja pelajar Sekolah Swasta St Joseph selepas perasmian bangunan baharu sekolah tersebut, semalam.

KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata sekolah mempunyai peranan penting dalam menyemai hubungan harmoni kaum dan agama di kalangan generasi muda.

Menurutnya, pelajar yang biasa bergaul dengan rakan-rakan pelbagai latar belakang kaum dan agama merupakan contoh modal insan berkua-liti.

“Jika anda ingin melakukan sesuatu perkara yang baik, ti-dak perlu lihat latar belakang kaum atau agama. Hubungan harmoni antara kaum merupakan aset penting dalam memakmurkan ekonomi negeri,” katanya ketika merasmikan bangunan baharu Sekolah Swasta St Joseph di Jalan Nagor di sini, semalam.

Taib berkata, di sekolah para pelajar atau murid mempu-nyai pelbagai latar belakang tetapi memiliki satu tujuan yang sama untuk memper- olehi ilmu pengetahuan dalam akademik dan sahsiah.

Hubungan baik antara kaum dan agama yang bermula di sekolah, menurutnya, akan berkembang ke peringkat pergaulan lebih luas, misalnya alam pekerjaan.

Malah, jelas beliau, Sarawak memiliki sejarah cemerlang dari aspek hubungan kaum serta agama, dan ia wajar dikekalkan.

Taib turut gembira dengan sokongan diberikan oleh masyarakat berbilang kaum di negeri ini terhadap pemimpin dari kaum lain.

“Rakan-rakan kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu tidak melihat saya sebagai pemimpin Melayu tetapi melihat sebagai pemimpin negeri,” katanya.

Mengenai perasmian bangunan baharu Sekolah Swasta St Joseph, beliau berkata, ia amat bertepatan dengan suasana rakyat pada masa ini merai-kan ulang tahun ke-50 ke-merdekaan Sarawak dalam Malaysia.

“Ini menggambarkan keharmonian kaum dan agama terus kita kekalkan ketika Sarawak mencapai usia 50 tahun merdeka,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah Swasta St Joseph Tan Sri Leo Moggie berkata, penubuhan sekolah tersebut bermatlamat melahirkan insan yang cemerlang dalam akademik dan baik budi pekerti.

“Sekolah Swasta St Joseph bermula dengan wawasan mencipta peluang dan menyediakan persekitaran kondusif bagi membolehkan anak-anak menyedari potensi diri,” ujarnya.

Menurutnya, setakat ini sekolah itu mempunyai kelas peralihan, tingkatan satu dan tingkatan dua untuk peringkat sekolah menengah, dan tahun satu hingga tiga di sekolah rendah.

Katanya, setiap kelas di sekolah menengah mempunyai 35 pelajar, manakala 30 murid untuk sekolah rendah.

Sekolah tersebut, tambah-nya, mempunyai 24 kelas, empat makmal sains, dua bengkel kemahiran hidup, sebuah makmal komputer, sebuah dewan kuliah, sebuah perpustakaan dan sebuah chapel.

Beliau pada masa sama menghargai sumbangan kewangan dihulurkan dalam membina bangunan baharu sekolah itu.

Katanya, kerajaan perse-kutuan dan Keuskupan Agung Kuching masing-masing menyumbang RM3 juta, The Community Chest (RM2 juta); KTS Building Foundation dan YTL Power Generation (masing-masing RM1 juta), Glenn Marine Enterprise (RM500,000), Diocese of Mallaca-Johore (RM175,000), Estate of Fr Joe Tan (RM123,625), Raymond Wee Seng Bin (RM100,000), Tan Sri Leonard Linggi Jugah (RM50,000) dan Datuk Wong Kie Yik (RM50,000).

Sementara itu, Uskup Agung Kuching John Ha berkata, ilham di sebalik penubuhan sekolah mubaligh pada masa lampau ialah untuk memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat mendapat pendidikan.

“Dengan adanya (kemudahan) pendidikan sedemikian, Sarawak (kerajaan) kemu- diannya dapat memulakan dan membina lebih banyak sekolah. Susulannya pada masa sekarang, pendidikan kini dapat dinikmati oleh semua anak-anak di seluruh negeri,” katanya.