Wednesday, October 23

SMK Bakun turut bersaing taekwondo Piala Borneo

0

BINTULU: Kelab Taekwondo (WTF) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bakun telah menghantar lima pelajarnya ke Kejohanan Taekwondo Antarabangsa Piala Kota Borneo 2013 yang berlangsung di Stadium Negeri Kuching pada 22 hingga 25 Ogos ini.

Lima atlet itu ialah Allan Kuba,Peterus Ngo Belong,Robinson Sang, Seliza Yunus dan Alice Hii Fong Fong.

Mereka merupakan atlet yang telah berjaya terpilih untuk menyertai kejohanan taekwondo itu.

WTF SMK Bakun bernaung dengan Kelab Taekwondo Smart (WTF) yang juga Ahli Induk Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak sejak 2012.

Tahun ini atlet SMK Bakun berjaya mendapat pingat dalam Kejohanan Taekwondo Peringkat Negeri Sarawak dan ini merupakan percubaan pertama atlet taekwondo dari SMK Bakun itu bersaing pada kejohanan di peringkat antarabangsa.

Pengerusi Kelab Taekwondo Smart merangkap Naib Presiden Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak, Raja Zahari Raja Yusof menyatakan terima kasih kepada pengetua dan guru-guru sekolah di negeri ini atas sokongan dan kerjasama dalam program pembangunan sukan taekwondo.

“Kami amat mengharapkan sekolah-sekolah yang ada di negeri ini akan melahir lebih ramai atlet-atlet cemerlang dalam sukan taekwondo pada masa akan datang,” katanya.