Kes rasuah di S’wak catat penurunan tahun ini

1

KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak mencatat penurunan kes sebanyak 30 tahun ini berbanding 95 tahun lalu bagi kertas siasatan yang dibuka setakat Ogos tahun ini.

Pengarah SPRM Sarawak Datuk Bahri Mohamad Zin berkata daripada perbandingan itu, jumlah kes yang dicatat pada tahun ini, sebanyak 16 kes merupakan kes seksyenseksyen lain.

Pihak SPRM turut melakukan tangkapan sebanyak 26 kes pada tahun ini berbanding 118 kes pada 2012.

“Pihak kami menerima maklumat daripada orang ramai yang datang ke pejabat pada tahun ini iaitu seramai 50 orang berbanding 108 orang pada 2012.

“Bagaimanapun, maklumat yang diterima daripada medium-medium jenis lain seperti e-mel, surat (pelbagai cara) mencatat 338 berbanding 648 iaitu dua kali ganda jumlah penurunan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Ramah-tamah Hari Raya Aidilfitri di kediaman keluarganya di Kampung Cemerlang, Jalan Lapangan Terbang semalam.

Kes beri rasuah juga hanya lima kes yang dicatatkan berbanding 46 kes pada tahun lalu.

Menurut beliau lagi, kes terima rasuah hanya sembilan kes tahun ini berbanding 17 kes tahun lepas.